Ahad, 23 Februari 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PERPUSTAKAAN MEDIA (GPM) DAN GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH (GPPSS) PUSAT KEGIATAN GURU SELEKOH BIL 1/2014

Guru Perpustakaan dan Media
Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah

Melalui,
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PERPUSTAKAAN MEDIA (GPM) DAN GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH (GPPSS) PUSAT KEGIATAN GURU SELEKOH  BIL 1/2014

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa tuan dijemput hadir ke mesyuarat di atas seperti ketetapan berikut :
               
                                Tarikh                   : 28 Februari  2013 (Jumaat)
                                Masa                     : 2.30 petang hingga 5.00 petang
                                Tempat                  : Bilik Mesyuarat, Pusat Kegiatan Guru Selekoh

3.            Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

                3.1          Ucapan Aluan Pengerusi.
                3.2          Pembentangan  dan Pengesahan Minit Mesyuarat JK GPM dan Guru Penyelaras PSS
                               PKG Selekoh Bil 1/2013.
                3.3          Maklumbalas dan perkara-perkara berbangkit.
                3.4          Pembentangan Laporan Aktiviti 2013.
                3.5          Perancangan Aktiviti JK GPM dan Guru Penyelaras PSS PKG Selekoh 2014.
                3.6          Taklimat i-Nilam dan IQ-PSS.
                3.7          Hal-hal lain.
                3.8          Ucapan Penangguhan

4.            Tuan diminta membawa bersama Komputer Riba dan Dongle. Untuk makluman tuan, pihak penganjur menyediakan makan/minum sepanjang mesyuarat tersebut dijalankan. Kerjasama tuan  hadir dalam mesyuarat tersebut amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

P/S: 1. Surat panggilan akan menyusul kemudian.

       2. Sila bawa 4 gang semasa menghadiri mesyuarat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan