Rabu, 5 Mac 2014

TAKLIMAT DAN PERBENGKELAN PENGURUSAN DASHBOARD VLE SEKOLAH UNTUK PENGETUA DAN GURU BESAR PKG SELEKOH

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah
Kelompok Pusat Kegiatan Guru Selekoh.

Tuan,

TAKLIMAT DAN PERBENGKELAN PENGURUSAN DASHBOARD VLE SEKOLAH UNTUK PENGETUA DAN GURU BESAR PUSAT KEGIATAN GURU SELEKOH TAHUN 2014

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan mengadakan Taklimat dan Perbengkelan Pengurusan Dashboard VLE Sekolah mengikut ketetapan berikut :

           Tarikh               :  7 Mac 2014 (Jumaat)
           Tempat             :  Bilik Mesyuarat, Pusat Kegiatan Guru Selekoh
           Masa                :  8.00 pagi – 12.00 tengah hari

3.         Sehubungan dengan itu, pihak tuan dipohon untuk hadir sebagai peserta dalam taklimat tersebut dan membawa bersama komputer riba, 4 gang dan ID Yes Sekolah.  Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia  bengkel,  Puan Roziaton Norin binti Mohd Yusof  (Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Selekoh) di talian 05-6489869.

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan