Ahad, 23 Februari 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PENYELARAS BESTARI (GPB) DAN GURU PENYELARAS ICT (GPICT) PUSAT KEGIATAN GURU SELEKOH BIL 1/2014

Guru Penyelaras Bestari
Guru Penyelaras ICT
Juruteknik Komputer

Melalui,
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PENYELARAS BESTARI (GPB) DAN GURU PENYELARAS ICT (GPICT)  PUSAT KEGIATAN GURU SELEKOH BIL 1/2014

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa tuan dijemput hadir ke mesyuarat di atas seperti ketetapan berikut :
               
                                Tarikh                   : 24 Februari  2014 (Isnin)
                                Masa                     : 2.30 petang hingga 5.00 petang
                                Tempat                  : Bilik Seminar, Pusat Kegiatan Guru Selekoh

3.            Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

                3.1          Ucapan Aluan Pengerusi.
                3.2          Pembentangan  dan Pengesahan Minit Mesyuarat JK GPB dan GPICT PKG Selekoh 
                               Bil 1/2013.
                3.3          Maklumbalas dan perkara-perkara berbangkit.
                3.4          Pembentangan Laporan Aktiviti 2013.
                3.5          Perancangan Aktiviti JK GPB dan GPICT PKG Selekoh 2014.
                3.6          Taklimat 1bestariNet
                3.7          Hal-hal lain.
                3.8          Ucapan Penangguhan

3.            Tuan diminta membawa bersama Komputer Riba dan Dongle. Untuk makluman tuan, pihak penganjur menyediakan makan/minum sepanjang mesyuarat tersebut dijalankan. Kerjasama tuan  hadir dalam mesyuarat tersebut amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

P/S: 1. Surat panggilan akan menyusul kemudian.
       2. Sila bawa 4 gang semasa menghadiri mesyuarat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan