Jumaat, 14 Februari 2014

BENGKEL INSTALASI DAN PENGGUNAAN CD BAHAN DIGITAL/PERISIAN KANDUNGAN MBMMBI (BM/BI) SR P. KHAS INTEGRASI

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.
(Seperti  Lampiran A5)

Tuan,

BENGKEL INSTALASI DAN PENGGUNAAN CD BAHAN DIGITAL/PERISIAN KANDUNGAN MBMMBI (BM/BI) SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2014

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.           Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan mengadakan Bengkel Instalasi dan Penggunaan CD Bahan Digital/Perisian Kandungan MBMMBI (BM/BI) Sekolah Rendah mengikut ketetapan berikut :

Tarikh                  :  17 Februari  2014 (Isnin)
Tempat                :  Pusat Kegiatan Guru Langkap
Masa                   :  2.30 petang – 5.00 petang

4.            Peserta diminta membawa bersama Komputer Riba, “4 gang plug” dan CD bahan perisian MBMMBI (Bahasa Melayu Tahap 2 / Bahasa Inggeris Tahap 2 beserta buku panduan) seperti mana yang telah diedarkan oleh Pusat Kegiatan Guru Kelompok masing-masing pada bulan Disember 2013.

5.            Sehubungan dengan itu, pihak tuan dipohon untuk memberi kebenaran kepada seorang guru Pendidikan Khas untuk hadir  dalam perbengkelan tersebut.  Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia  bengkel,  Pn Roziaton Norin bt Mohd Yusof  (Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Selekoh) di talian 05-6489869.

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan