Jumaat, 14 Februari 2014

BENGKEL INSTALASI DAN PENGGUNAAN CD BAHAN DIGITAL/PERISIAN KANDUNGAN MBMMBI (BM/BI) SEKOLAH RENDAH


Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak.
(Seperti Lampiran A1Lampiran A2Lampiran A3  )

Tuan,

BENGKEL INSTALASI DAN PENGGUNAAN CD BAHAN DIGITAL/PERISIAN KANDUNGAN MBMMBI (BM/BI) SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2014

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan mengadakan Bengkel Instalasi dan Penggunaan CD Bahan Digital/Perisian Kandungan MBMMBI (BM/BI) Sekolah Rendah mengikut ketetapan berikut :

Tarikh              :  17 Februari  2014 (Isnin)
Tempat            :  Rujuk Lampiran 1
Masa               :  2.30 petang – 5.00 petang

4.            Peserta diminta membawa bersama Komputer Riba, “4 gang plug” dan CD bahan perisian MBMMBI (Tahun 5 dan Tahun 6) seperti yang telah diedarkan oleh Pusat Kegiatan Guru Kelompok masing-masing pada bulan Disember 2013.

5.            Sehubungan dengan itu, pihak tuan dipohon memberi kebenaran  kepada Ketua Panitia Bahasa Melayu atau guru mata pelajaran Bahasa Melayu untuk hadir  dalam perbengkelan sebut.  Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia  bengkel  iaitu  En Md Amin bin Dari  (Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Hutan Melintang ) di talian 05-6412855 atau Pn Roziaton Norin bt Mohd Yusof  (Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Selekoh) di talian 05-6489869 atau En. Hamzah bin Abdul Hamid (Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Chenderong )di talian 05-6512314.

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan