Jumaat, 14 Februari 2014

BENGKEL INSTALASI DAN PENGGUNAAN CD BAHAN DIGITAL/PERISIAN KANDUNGAN MBMMBI (BM/BI) SEKOLAH MENENGAH

Pengetua
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak.
(Seperti Lampiran A4)

Tuan,

BENGKEL INSTALASI DAN PENGGUNAAN CD BAHAN DIGITAL/PERISIAN KANDUNGAN MBMMBI (BM/BI) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2014

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.           Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan mengadakan Bengkel Instalasi dan Penggunaan CD Bahan Digital/Perisian Kandungan MBMMBI (BM/BI) Sekolah Menengah mengikut ketetapan seperti berikut :

Tarikh                   :  17 Februari  2014 (Isnin)
Tempat                 :  Pusat Kegiatan Guru Selekoh
Masa                    :  2.30 petang – 5.00 petang

4.            Peserta diminta membawa bersama Komputer Riba, “4 gang plug” dan CD bahan perisian MBMMBI (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) seperti yang telah diedarkan oleh Pusat Kegiatan Guru Kelompok masing-masing pada bulan Disember 2013.

5.            Sehubungan dengan itu, pihak tuan dipohon untuk memberi kebenaran kepada Ketua Bidang Bahasa untuk hadir  dalam perbengkelan tersebut.  Sebarang  pertanyaan sila hubungi  urus setia  bengkel, Pn Roziaton Norin bt Mohd Yusof  (Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Selekoh) di talian 05-6489869.

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan