Guru Perpustakaan dan
Media
Guru Penyelaras Pusat
Sumber Sekolah
Melalui,
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak
Tuan,
MESYUARAT
JAWATANKUASA GURU PERPUSTAKAAN MEDIA (GPM) DAN GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER
SEKOLAH (GPPSS) PUSAT KEGIATAN GURU SELEKOH
BIL 1/2014
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk untuk
perhatian dan tindakan tuan.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa tuan dijemput hadir ke mesyuarat di atas seperti ketetapan
berikut :
Tarikh :
28 Februari 2013 (Jumaat)
Masa :
2.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik
Mesyuarat, Pusat Kegiatan Guru Selekoh
3. Agenda mesyuarat adalah seperti
berikut :
3.1 Ucapan Aluan Pengerusi.
3.2 Pembentangan dan Pengesahan
Minit Mesyuarat JK GPM dan Guru Penyelaras PSS
PKG Selekoh Bil
1/2013.
3.3 Maklumbalas dan perkara-perkara berbangkit.
3.4 Pembentangan Laporan Aktiviti 2013.
3.5 Perancangan Aktiviti JK GPM dan Guru Penyelaras PSS PKG Selekoh
2014.
3.6 Taklimat i-Nilam dan IQ-PSS.
3.7 Hal-hal lain.
3.8 Ucapan Penangguhan
4. Tuan diminta membawa bersama Komputer
Riba dan Dongle. Untuk makluman tuan, pihak penganjur menyediakan makan/minum
sepanjang mesyuarat tersebut dijalankan. Kerjasama tuan
hadir dalam mesyuarat tersebut amat dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian terima kasih.
P/S: 1. Surat panggilan akan menyusul kemudian.
2. Sila bawa 4 gang semasa menghadiri mesyuarat.
P/S: 1. Surat panggilan akan menyusul kemudian.
2. Sila bawa 4 gang semasa menghadiri mesyuarat.